SELEPAS menjalani pembedahan dan 30 sesi kemoterapi dan radioterapi sejak Februari lalu, keadaan Mohamad Aryan Haqim Mohamad Nazri, enam tahun, yang disahkan ada tumbuhan di otaknya pulih buat sementara waktu sebelum kesihatannya merosot lagi pada Ogos lalu.
Antara lain, penyakit barah yang jarang berlaku itu membuat Mohamad Aryan sukar bertutur dan kerap keletihan.





