Topik diikuti
Pergi ke BHkuBH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Satu sesi podcast dan perbincangan yang meliputi topik-topik seperti kelakuan ‘grooming’, atau proses apabila orang dewasa membina kepercayaan dengan kanak-kanak untuk mengambil kesempatan terhadap mereka secara seksual, telah berlangsung pada 12 September.
Sesi berjudul, ‘Didik Anak Kata Tidak’, yang diadakan di Auditorium SPH Media di Toa Payoh North itu dihadiri sekitar 40 peserta, dan menampilkan tiga anggota panel iaitu Pakar Psikologi Klinikal Kanan dan Pengasas ImPossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Hayaa Network, Ustazah Liyana Musfirah; dan Pekerja Sosial Kanan PPIS, Cik Siti Khadeejah Muabdu.
Dianjurkan Berita Harian, sesi tersebut dikendalikan oleh moderator bersama, penerbit podcast NoTapis, Cik Natasha Mustafa, dan Koresponden BH, yang juga penyelaras Dunia Anak DNA, Cik Nur Dhuha Esoof di Auditorium SPH Media di Toa Payoh North.
Dalam sesi tersebut, para hadirin turut diajar istilah anatomi sebenar bagi mengelakkan rasa malu; dan mengajar kanak-kanak menjadi lebih terbuka daripada menyimpan rahsia.
