SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Aryan, 6 tahun, cuba rawatan di Amerika

Aryan, 6 tahun, cuba rawatan di Amerika

Oct 7, 2021 | 5:30 AM

Aryan, 6 tahun, cuba rawatan di Amerika

DAPATKAN RAWATAN DI LUAR NEGARA: Bergambar bersama ibu bapanya, Aryan menghidap sejenis barah di otaknya yang menjejas keupayaannya untuk bertutur, bergerak dan berjalan serta sering keletihan. - Foto BH oleh KHALID BABA
DAPATKAN RAWATAN DI LUAR NEGARA: Bergambar bersama ibu bapanya, Aryan menghidap sejenis barah di otaknya yang menjejas keupayaannya untuk bertutur, bergerak dan berjalan serta sering keletihan. - Foto BH oleh KHALID BABA -

SELEPAS menjalani pembedahan dan 30 sesi kemoterapi dan radioterapi sejak Februari lalu, keadaan Mohamad Aryan Haqim Mohamad Nazri, enam tahun, yang disahkan ada tumbuhan di otaknya pulih buat sementara waktu sebelum kesihatannya merosot lagi pada Ogos lalu.

Antara lain, penyakit barah yang jarang berlaku itu membuat Mohamad Aryan sukar bertutur dan kerap keletihan.

Tanpa pilihan rawatan lain di sini, dan berbekal nasihat pakar barah dari Hospital Universiti Nasional (NUH), Aryan dan kededua ibu bapanya Cik Nur Haslindah Hassan dan Encik Mohamad Nazri Abu Bakar telah berangkat ke Rochester, New York, awal pagi semalam, bagi mendapatkan rawatan percubaan di sana.

Kos bagi rawatan itu dijangka mencecah $300,000 tetapi keluarga itu mendapat tajaan penuh dari Hospital Kanak-Kanak Golisano memandangkan ia adalah rawatan percubaan.

Selain bantuan tersebut, kos pengangkutan, penginapan dan keperluan harian keluarga tiga beranak itu di Amerika juga ditampung oleh Persatuan Ain menerusi sebuah skim baru yang memperuntuk $30,000 bagi kanak-kanak yang menjalani rawatan barah di luar negara.

Laporan lanjut:

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg