Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam, yang mengetuai Jawatankuasa Menteri Krisis Dalam Negeri (HCMC) memberitahu Parlimen pada 7 April bekalan tenaga dan elektrik yang diperlukan negara ini boleh terjejas akibat perang di Timur Tengah tetapi buat masa ini, kemungkinan perkara sedemikian berlaku adalah rendah.
Beliau menggariskan empat faktor yang memberi Singapura keyakinan ini.





