SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bagaimana S’pura kurangkan risiko bekalan elektrik terganggu

Bagaimana S’pura kurangkan risiko bekalan elektrik terganggu

Apr 7, 2026 | 6:15 PM

Bagaimana S’pura kurangkan risiko bekalan elektrik terganggu

Loji Jana Kuasa Senoko
Loji Jana Kuasa Senoko - Foto CMG

Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam, yang mengetuai Jawatankuasa Menteri Krisis Dalam Negeri (HCMC) memberitahu Parlimen pada 7 April bekalan tenaga dan elektrik yang diperlukan negara ini boleh terjejas akibat perang di Timur Tengah tetapi buat masa ini,  kemungkinan perkara sedemikian berlaku adalah rendah.

Beliau menggariskan empat faktor yang memberi Singapura keyakinan ini. 

Gambar kapal tangki LNG yang dirakam pada 2021.
Gambar kapal tangki LNG yang dirakam pada 2021. - Foto FAIL ST

Sumber yang dipelbagai

  1. Selain dari Timur Tengah, Singapura membeli gas asli cecair (LNG) dari Australia, Amerika Syarikat dan Mozambique.  *Australia adalah antara pembekal LNG utama 
  2. GasCo, entiti milik pemerintah yang dibentuk pada Mei 2025 untuk menyepadukan pembelian dan bekalan gas asli bagi sektor kuasa di Singapura, telah mula membeli gas asli dari sumber lain untuk menggantikan bekalan yang terjejas dari Qatar.

Dari gas asli ke minyak diesel

  1. Loji jana kuasa setempat boleh beralih daripada gas asli ke minyak diesel sebagai bahan api apabila diperlukan. *95% bekalan elektrik setempat dijana daripada gas asli

Simpanan bahan api

  1. Singapura memiliki simpanan bahan api merangkumi gas asli dan minyak diesel. Sebahagian simpanan ini dimiliki pemerintah. Bakinya dimiliki syarikat jana kuasa (GenCo).
  2. Singapura sedang merancang untuk menambah simpanan bahan api. Langkah ini menelan belanja tinggi. tetapi sesuatu yang wajar, kata Encik Shanmugam.
  3. Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menuntut GenCo mengikat kontrak dengan pembekal bahan api yang memperuntuk pembelian bahan api tambahan. Pemerintah boleh mengarahkan GenCo berbuat demikian jika bahan api tambahan diperlukan. *Buat masa ini, Singapura belum lagi menggunakan simpanan bahan api atau melaksanakan catuan bahan api. 

Kawal selia terhadap penjual elektrik diperkukuh sejak 2023

  1. Pastikan penjual elektrik boleh terus membekalkan elektrik dan menangani kesan harga gas yang tidak stabil bagi tempoh lanjut
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg