Peralihan akhbar Berita Harian (BH) daripada lembaran lebar atau broadsheet kepada lembaran kompak mencerminkan komitmen BH untuk kekal responsif dalam memenuhi cita rasa pembaca yang kian berubah, di samping meningkatkan mutu pengalaman membaca.
Ini sekali gus memperkukuhkan peranan BH sebagai nadi masyarakat Melayu/Islam di Singapura, memastikan ia kekal relevan sebagai wadah berita dipercayai dan dapat terus menawarkan tahap kewartawanan tinggi...





