Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) membatalkan dua penerbangan antara Singapura dan Dubai pada 22 Jun selepas penilaian keselamatan terhadap situasi di Timur Tengah.
Penerbangan yang dibatalkan adalah SQ494 yang berlepas dari Singapura ke Dubai pada 3.10 petang dan SQ495 yang berlepas dari Dubai ke Singapura pada 7.45 petang, lapor The Straits Times (ST).





