SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SIA batalkan penerbangan antara S’pura, Dubai

SIA batalkan penerbangan antara S’pura, Dubai

Jun 22, 2025 | 7:21 PM

SIA batalkan penerbangan antara S’pura, Dubai

Penerbangan yang dibatalkan adalah SQ494 yang berlepas dari Singapura ke Dubai pada 3.10 petang dan SQ495 yang berlepas dari Dubai ke Singapura pada 7.45 petang.
Penerbangan yang dibatalkan adalah SQ494 yang berlepas dari Singapura ke Dubai pada 3.10 petang dan SQ495 yang berlepas dari Dubai ke Singapura pada 7.45 petang. - Foto ZAOBAO

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) membatalkan dua penerbangan antara Singapura dan Dubai pada 22 Jun selepas penilaian keselamatan terhadap situasi di Timur Tengah.

Penerbangan yang dibatalkan adalah SQ494 yang berlepas dari Singapura ke Dubai pada 3.10 petang dan SQ495 yang berlepas dari Dubai ke Singapura pada 7.45 petang, lapor The Straits Times (ST).

“Memandangkan situasi yang masih tidak menentu, penerbangan SIA lain antara Singapura dan Dubai mungkin akan terjejas... SIA memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang timbul,” menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.

Syarikat penerbangan tersebut berkata mereka akan menghubungi semua pelanggan yang terjejas untuk memaklumkan mengenai pembatalan penerbangan, dan pelanggan yang terjejas boleh dipindahkan ke penerbangan alternatif atau memohon bayaran balik penuh untuk bahagian tiket yang tidak digunakan.

Amerika Syarikat mengumumkan campur tangannya dalam perang Iran-Israel dengan memberitahu pihaknya melakukan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg