BANGKOK: Sekurang-kurangnya lima orang disahkan maut, manakala 27 lagi individu cedera selepas kren pembinaan bagi projek lebuh raya runtuh di daerah Chom Thong, Bangkok, awal pagi 15 Mac.
Pasukan bomba dan penyelamat bersama anggota Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok serta Yayasan Poh Teck Tung segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa, termasuk beberapa orang yang terperangkap...





