SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lima lelaki maut, 27 cedera dalam nahas kren runtuh di lebuh raya Bangkok

Lima lelaki maut, 27 cedera dalam nahas kren runtuh di lebuh raya Bangkok

Mar 15, 2025 | 5:13 PM

Lima lelaki maut, 27 cedera dalam nahas kren runtuh di lebuh raya Bangkok

Pasukan bomba dan penyelamat bersama anggota Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok serta Yayasan Poh Teck Tung segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa, termasuk beberapa orang yang terperangkap di atas kren.
Pasukan bomba dan penyelamat bersama anggota Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok serta Yayasan Poh Teck Tung segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa, termasuk beberapa orang yang terperangkap di atas kren. - Foto AFP

BANGKOK: Sekurang-kurangnya lima orang disahkan maut, manakala 27 lagi individu cedera selepas kren pembinaan bagi projek lebuh raya runtuh di daerah Chom Thong, Bangkok, awal pagi 15 Mac.

Pasukan bomba dan penyelamat bersama anggota Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok serta Yayasan Poh Teck Tung segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa, termasuk beberapa orang yang terperangkap di atas kren.

Menurut pihak berkuasa Thailand, tragedi berlaku berhampiran pintu masuk Lebuhraya Ekspres Dao Khanong, menyebabkan rasuk konkrit yang sedang dalam pembinaan jatuh dan menghempap sebahagian struktur lebuh raya serta beberapa pekerja.

“Sekurang-kurangnya lima lelaki maut dalam kemalangan yang berlaku sekitar 1.40 pagi (waktu tempatan).

“Runtuhan itu berlaku kira-kira 200 meter dari pintu masuk lebuh raya apabila rasuk konkrit jatuh ke atas struktur lebuh raya sedia ada,” menurut pihak berkuasa.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, sementara Pihak Berkuasa Lebuhraya Ekspres Thailand (EXAT) melakukan penilaian terhadap tahap kerosakan. - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg