NIKMATI pelbagai kegiatan kesenian dan permainan kampung dalam acara Simply Tradisional yang berlangsung di Bedok Square dari 5 petang hingga 8 malam esok.
Acara yang dikendalikan Era Dance Theatre (EDT) dengan sokongan Majlis Seni Kebangsaan itu antara lain mengajak orang ramai mempelajari seni pencak silat, cara bermain alat-alat genderang Melayu dan berseronok dengan beberapa permaianan kampung.





