Aktiviti seni, mainan kampung di Bedok Square esok
Mar 17, 2018 | 5:30 AM
- Foto fail -
NIKMATI pelbagai kegiatan kesenian dan permainan kampung dalam acara Simply Tradisional yang berlangsung di Bedok Square dari 5 petang hingga 8 malam esok.
Acara yang dikendalikan Era Dance Theatre (EDT) dengan sokongan Majlis Seni Kebangsaan itu antara lain mengajak orang ramai mempelajari seni pencak silat, cara bermain alat-alat genderang Melayu dan berseronok dengan beberapa permaianan kampung.
Anda juga akan dihiburkan dengan tarian lagu dan lagu-lagu tradisional oleh para penari EDT dan kumpulan ETHNIco.
Acara dibuka kepada orang ramai dan tiada bayaran dikenakan.

