SINGAPURA telah dipilih semula menyertai Majlis Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO) selama dua tahun berturut-turut, buat ke-13 kali.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataannya berkata pemilihan anggota majlis itu telah diadakan semasa Sesi Perhimpunan IMO yang ke-30 di London, United Kingdom semalam (1 Dec).






