SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Singapura dipilih semula menjadi anggota Majlis Pertubuhan Kelautan Antarabangsa

Singapura dipilih semula menjadi anggota Majlis Pertubuhan Kelautan Antarabangsa

Dec 2, 2017 | 4:43 PM

Singapura dipilih semula menjadi anggota Majlis Pertubuhan Kelautan Antarabangsa

-

SINGAPURA telah dipilih semula menyertai Majlis Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO) selama dua tahun berturut-turut, buat ke-13 kali.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataannya berkata pemilihan anggota majlis itu telah diadakan semasa Sesi Perhimpunan IMO yang ke-30 di London, United Kingdom semalam (1 Dec).

Menteri Penyelaras Bagi Prasarana dan Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, mengetuai delegasi merangkumi pegawai MOT dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) di sana.

"Singapura gembira dipilih semula ke dalam Majlis IMO dan berterima kasih atas sokongan rakan Negara Anggota IMO kami.

"Kami terharu bahawa sumbangan kami dihargai dan diiktiraf Negara Anggota IMO dan mengalu-alukan kerjasama rapat berterusan untuk memajukan matlamat perkapalan yang selamat, terjamin, cekap dan mampan IMO," kata beliau.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg