GABORONE (Botswana): Gempa bumi berukuran 6.5 mengikut skala Richter telah menggegarkan Botswana, di selatan Afrika, sekitar 7.40 petang semalam (1.40 pagi waktu Singapura).
Menurut agensi berita Reuters yang menukil laporan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat , pusat gempa itu adalah 238km ke barat laut ibu kota Gaborone pada kedalaman 29km.






