SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Gempa bumi di Botswana

Gempa bumi di Botswana

Apr 4, 2017 | 9:08 AM

Gempa bumi di Botswana

-

GABORONE (Botswana): Gempa bumi berukuran 6.5 mengikut skala Richter telah menggegarkan Botswana, di selatan Afrika, sekitar 7.40 petang semalam (1.40 pagi waktu Singapura).

Menurut agensi berita Reuters yang menukil laporan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat , pusat gempa itu adalah 238km ke barat laut ibu kota Gaborone pada kedalaman 29km.

Gegaran selama 30 saat yang dirasai Botswana itu dikatakan turut dirasai di beberapa bandar di Afrika Selatan serta di beberapa negara jiran, seperti Swaziland dan Zimbabwe yang berada beberapa ratus kilometer dari pusat gempa.

Dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial lewat semalam, pemerintah Botswana berkata, tiada kematian dicatatkan sejauh ini. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg