Palang Merah Singapura (SRC) merupakan pertubuhan kemanusiaan tempatan, berdedikasi untuk membantu mengurangkan penderitaan manusia, melindungi nyawa dan maruah serta bertindak balas terhadap kecemasan sejak 1949.
SRC memberi perkhidmatan kepada mereka yang mudah terjejas melalui program menderma darah, pusat kegiatan rumah dan harian untuk individu kurang upaya, bantuan bagi warga emas, pengangkutan, kehidupan keluarga dan pertolongan cemas masyarakat.





