SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Palang Merah S’pura hulur bakti

Palang Merah S’pura hulur bakti

May 6, 2024 | 5:30 AM

Palang Merah S’pura hulur bakti

Palang Merah Singapura (SRC) merupakan pertubuhan kemanusiaan tempatan, berdedikasi untuk membantu mengurangkan penderitaan manusia, melindungi nyawa dan maruah serta bertindak balas terhadap kecemasan sejak 1949.

SRC memberi perkhidmatan kepada mereka yang mudah terjejas melalui program menderma darah, pusat kegiatan rumah dan harian untuk individu kurang upaya, bantuan bagi warga emas, pengangkutan, kehidupan keluarga dan pertolongan cemas masyarakat.

Bantuan yang dihulurkan tidak terhad di Singapura sahaja.

Mereka menerima sumbangan daripada penderma untuk menjalankan usaha bantuan dan pemulihan serta pembinaan semula, dengan tujuan membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana.

Sebagai contoh, SRC telah menghulur tahap sokongan seterusnya bernilai $816,000 untuk membantu masyarakat terjejas akibat krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg