ASET asing bersih Arab Saudi jatuh ke 1.538 trilion riyal ($555 bilion) pada April, yang terendah sejak Januari 2010, walau sedang pemerintah meramalkan lebihan belanjawan tahunan kedua tahun ini.
Rizab asing jatuh dari 1.572 trilion riyal pada bulan sebelumnya, menurut laporan bulanan bank pusat yang disiarkan pada Ahad, menurut akhbar The Business Times.





