SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rizab bersih Saudi jatuh ke AS$410 bilion, terendah sejak 2010

Rizab bersih Saudi jatuh ke AS$410 bilion, terendah sejak 2010

May 29, 2023 | 4:34 PM

Rizab bersih Saudi jatuh ke AS$410 bilion, terendah sejak 2010

TAWARKAN BON: Arab Saudi meneroka semula pasaran bon dengan menjual bon Islam bernilai AS$6 bilion.
TAWARKAN BON: Arab Saudi meneroka semula pasaran bon dengan menjual bon Islam bernilai AS$6 bilion. - REUTERS

ASET asing bersih Arab Saudi jatuh ke 1.538 trilion riyal ($555 bilion) pada April, yang terendah sejak Januari 2010, walau sedang pemerintah meramalkan lebihan belanjawan tahunan kedua tahun ini.

Rizab asing jatuh dari 1.572 trilion riyal pada bulan sebelumnya, menurut laporan bulanan bank pusat yang disiarkan pada Ahad, menurut akhbar The Business Times.

Ia merupakan bulan kelima di mana rizab telah merosot, penurunan berturut-turut yang terpanjang sejak awal 2019.

Awal bulan ini, Arab Saudi telah menjual bon Islam sebanyak AS$6 bilion ($8.1 bilion), kata laporan itu lagi.

Kerajaan itu sudah melaporkan defisit sebanyak 2.91 bilion riyal pada suku pertama tahun ini.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan bahawa pengeksport minyak mentah paling utama di dunia itu akan mengalami defisit belanjawan sebanyak 1.1 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) pada 2023.

Pandangan ini bertentangan dengan jangkaan pemerintah iaitu lebihan belanjawan yang kedua beturut-turut yang dianggarkan berada pada 16 bilion riyal.

IMF yang berpangkalan di Washington itu menaikkan anggarannya bagi harga minyak yang diperlukan Arab Saudi untuk mengimbangi belanjawannya tahun ini kepada lebih AS$80 setong.

Kerajaan itu tidak mendedahkan andaian harga minyak dalam belanjawannya, tambah laporan berkenaan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg