Topik diikuti
Pergi ke BHkuMufti: Hari Raya Haji 27 Mei
Mufti: Hari Raya Haji 27 Mei
Mufti: Hari Raya Haji 27 Mei
Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Haji pada Rabu, 27 Mei 2026.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 17 Mei, Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata mengikut kiraan hisab, anak bulan Zulhijah berada di atas ufuk Singapura setelah matahari terbenam pada petang hari yang sama, menandakan hari terakhir bulan Zulkaedah adalah pada hari tersebut.
“Oleh yang demikian, awal bulan Zulhijah bagi tahun 1447H jatuh pada esok, Isnin bersamaan 18 Mei 2026. Ini bermakna Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Rabu bersamaan 27 Mei 2026.
Hari Raya Haji, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijah. Ia juga menandakan hari terakhir ibadah haji di Makkah, Arab Saudi. Justeru, Hari Raya Haji di Singapura jatuh pada 27 Mei.
Dr Nazirudin, menerusi kenyataan media itu, menggesa umat Islam menghidupkan hari-hari yang penuh keberkatan pada awal Zulhijah dengan memperbanyak ketaatan dan amal kebaikan.
“Semoga semua jemaah haji dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan dan semoga Allah menerima segala amal kebaikan dan pengorbanan kita bagi agama, umat dan negara,” kata beliau.
