Topik diikuti
Pergi ke BHkuHarga haiwan korban dikawal, operasi penuh libat relawan
Harga haiwan korban dikawal, operasi penuh libat relawan
Aidiladha lebih bermakna, inisiatif korban dalam jangkauan
Harga haiwan korban dikawal, operasi penuh libat relawan
Saban tahun, Aidiladha membuka ruang ibadah kepada umat Islam yang ingin berkongsi rezeki kepada golongan memerlukan.
Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd tampil sebagai pihak yang menyediakan penyertaan lebih mudah dan mampu dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Dalam usaha tersebut, harga haiwan korban yang ditawarkan turut dikekalkan pada tahap rendah kerana operasi dijalankan sepenuhnya oleh sukarelawan.
Syarikat ini juga tidak melibatkan agensi atau pempengaruh dalam promosi korban bagi memastikan sumbangan dimanfaatkan sebaiknya tanpa kos komisen tambahan.
Pendekatan itu membolehkan lebih ramai umat Islam, termasuk golongan berpendapatan rendah, menyertai ibadah korban tanpa dibebankan kos tinggi.
PENGAGIHAN DAGING PERCUMA DI S’PURA
Membawa makna pengorbanan dan keprihatinan masyarakat, Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd, turut meneruskan usaha pengagihan daging korban percuma kepada mereka yang memerlukan di Singapura.
Ibadah itu menjadi detik gembira, khususnya bagi insan kurang berkemampuan untuk menikmati agihan daging, yang mungkin sukar diperolehi dalam kehidupan harian mereka.
“Bagi sesetengah keluarga, inilah satu-satunya kesempatan bagi mereka merasai daging segar,” jelas Pengarah Eksekutif, Ad-Diyar Consultancy, Encik Mohamad Abdullah.
Melalui daya usaha tersebut, setiap penerima akan mendapat dua kilogram daging korban, dan penghantaran akan disediakan secara percuma.
Bagaimanapun, program berkenaan terhad kepada 50 penerima sahaja.
SASAR BANTU 700,000 PENDUDUK GAZA
Sebagai tanda perpaduan terhadap rakyat Palestin, Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd, juga menggerakkan daya usaha khas sempena Hari Raya Aidiladha 2026, dengan sasaran membantu sehingga 700,000 penduduk Gaza.
Bantuan antarabangsa tersebut akan disalurkan ke kawasan utara dan selatan Gaza bagi memastikan lebih ramai keluarga terkesan akibat konflik berpanjangan, menerima bekalan makanan serta bantuan asas sepanjang musim perayaan.
Bagi menjayakan misi kemanusiaan itu, syarikat sedang mendapatkan sokongan penajaan dan sumbangan daripada pelbagai pihak.
“Buat masa ini, tiada kambing atau lembu tersedia di Gaza untuk pelaksanaan ibadah korban kerana ketiadaan ternakan di sana.
“Tetapi, sokonglah daya usaha kemanusiaan Gaza yang lain, khususnya pada musim Aidiladha,” seru Encik Mohamad Abdullah.
KETELUSAN IBADAH KORBAN
Menurut Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd, tumpuan utamanya adalah memastikan ibadah korban dapat dilaksanakan secara mudah dan telus.
Oleh itu, semua pembekal dan rakan pelaksana korban luar negara akan menjalani proses semakan dan penilaian teliti sebelum dilantik.
Langkah itu diambil bagi memastikan proses penyembelihan memenuhi syariah serta dilaksanakan secara amanah.
Setiap peserta juga akan menerima dokumentasi lengkap dalam bentuk gambar dan video sebagai bukti pelaksanaan ibadah mereka.
Malah, video penyembelihan yang diberikan memaparkan keseluruhan proses secara penuh bagi memastikan kebertanggungjawapan serta mengelakkan sebarang bentuk salah laku atau penyelewengan.
PELAKSANAAN KELAS IQRA’ PERCUMA
Selain bantuan kebajikan dan kemanusiaan, syarikat ini turut menjalankan kelas Iqra’ dalam talian secara percuma yang dikendalikan oleh asatizah berpengalaman.
Kelas tersebut terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa daripada pelbagai tahap bacaan agar lebih ramai umat Islam dapat membaca Al-Quran dengan lancar dan baik.
Melalui gabungan program korban, bantuan kemanusiaan dan pendidikan Islam, Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd, berharap usaha yang dijalankan dapat terus memberi manfaat kepada masyarakat Islam pada peringkat tempatan dan antarabangsa.
SEKILAS:
+ Sila hubungi talian 8949-6216 atau 8079- 6450 (24 jam) untuk membuat janji temu bagi tempahan korban dan penyaluran bantuan Gaza.
+ Anda juga boleh menghantar e-mel kepada info@addiyar.sg atau mohamad@addiyar.sg.
+ Sebarang janji temu akan berlangsung di 390 Victoria Street, #03-04, Golden Landmark, Singapura 188061 atau di tingkat dua, 12A Baghdad Street, Singapura 199669 (bermula 9 pagi hingga 5 petang).
+ Ingin mendapatkan keterangan lanjut? Sila layari pautan, https://addiyar.sg
