Harga minyak terus meningkat, manakala kos sara hidup semakin melonjak.

Namun, Al-Falah Academy SG (AFASG), yang bertahun-tahun menyediakan khidmat ibadah korban, sentiasa peka dan memahami cabaran yang dihadapi masyarakat pada masa ini.

Sejajar keadaan ekonomi yang mencabar, AFASG terus berusaha memastikan ibadah korban kekal mampu dilaksana dengan mudah, tanpa membebankan peserta, sambil mengekalkan komitmen terhadap amanah dan kebajikan penerima manfaat.

Pengasas AFASG, Ustaz Muhammad Ferozudeen Al-Hafiz, berkata: “Biarpun dengan peningkatan kos, harga haiwan korban kami dikekalkan pada kadar berpatutan. Kami tidak menawarkan pakej korban Australia memandangkan risiko logistik akibat konflik global dan ketidakstabilan penghantaran.

“Kami tumpukan sumber di kawasan lebih memerlukan dan mampan. AFASG pastikan ibadah korban dilaksana dengan ikhlas, telus dan memberi impak maksimum kepada umat Islam.

“Kami turut mengalu-alukan orang ramai melaksanakan ibadah korban di Kemboja dan Malawi, di mana masih banyak keluarga miskin yang berpeluang menikmati hidangan daging hanya sekali-sekala, menjadikan sumbangan ini lebih bermakna buat mereka”.

Pada hari Aidiladha, Ustaz Ferozudeen akan berangkat ke Kemboja bagi melaksanakan penyembelihan haiwan korban lembu.

Beliau berhasrat memastikan adab mustahab (yang disunahkan) dipelihara agar ibadah korban dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan diberkati.

Seterusnya, beliau akan meneruskan pelaksanaan penyembelihan di Indonesia.

Rakaman video serta gambar penyembelihan akan disediakan sebagai bukti pelaksanaan, sekali gus membolehkan peserta merasai pengalaman ibadah korban mereka dengan lebih dekat.

Bagi ibadah korban 2026, AFASG menawarkan sekilogram beras ‘Basmati Premium’ secara percuma bagi tempahan tiga ekor kambing dalam satu resit secara berkumpulan.

Penghantaran ke rumah turut disediakan secara percuma. Perkhidmatan pemotongan daging profesional turut disediakan di PBSG Meat Shop milik Ustaz Ferozudeen, untuk memudahkan memasak dan pengagihan.

Ia turut menyediakan penghantaran terus ke rumah secara percuma bagi pembelian seekor penuh kambing biri-biri, atau sebahagian untuk jamuan sekeluarga.

Ustaz Ferozudeen menghargai sokongan padu masyarakat Melayu Islam Singapura terhadap AFASG.

“Saya dan seluruh warga AFASG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat Islam atas sokongan berterusan yang diberikan selama ini,” ujarnya.

SEKILAS

Tempahan ibadah korban melalui AFASG boleh dibuat melalui laman rasmi https://alfalahacademy.sg

Untuk maklumat lanjut mengenai program AFASG atau penyertaan ibadah korban 2026, hubungi talian WhatsApp 8522-4534.

Untuk khidmat pembelian atau pemotongan daging: Kunjungi PBSG Meat Shop di 11 Dunlop Street, atau kunjungi laman www.premiumbutchery.sg atau WhatsApp ke 8870- 8786.