BELUM pun reda keresahan orang ramai susulan gangguan terburuk terhadap penggunaan Facebook, Instagram dan WhatsApp sehingga menyebabkan pengguna sedunia 'tersangkut' selama enam jam pada 4 Oktober lalu, masyarakat sejagat kini digugat dengan ancaman siber yang baru.
Dinamakan 'Black Storm' atau 'Ribut Hitam', ia berpotensi meranapkan rangkaian penyedia khidmat komunikasi (CSP), menurut penyelidikan Nexusguard ke atas tindakan serangan komputer bertubi (DDoS)...





