PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah mengadakan panggilan telefon bersama Presiden China Xi Jin Ping semalam, dengan kedua-duanya mengesahkan hubungan yang kukuh antara Singapura dan China.
Mereka turut mengesahkan manfaat yang sama-sama diraih daripada pertukaran dan kerjasama dua hala yang berterusan antara kededua negara walaupun dalam keadaan mencabar semasa pandemik Covid-19, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan...





