MULAI bulan ini, orang ramai boleh menyumbang pandangan mereka tentang bagaimana Singapura boleh menggunakan tanahnya pada jangka masa panjang menerusi enam sesi perbincangan maya dianjurkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).
Menurut URA pada Isnin (11 Oktober), ia sedang memulakan fasa kedua latihan keterlibatan awam, sebagai sebahagian daripada semakan rancangan jangka panjang. Fasa 2 akan dijalankan mulai bulan ini hingga Disember.





