LEBIH 200,000 kamera polis - yang amat berkesan dalam mencegah jenayah serta mengenal pasti lokasi individu dilaporkan hilang - dijangka dipasang di serata Singapura menjelang 2030, daripada 90,000 yang tersedia sekarang.
Kamera itu akan dipasang di estet perumahan awam, pusat kejiranan dan pusat penjaja serta kawasan komersial dan hiburan, lapor akhbar The Straits Times.





