BAYANGKAN keadaannya apabila lagu "Teratai" yang popular dinyanyikan dalam genre balada rok oleh kumpulan Sweet Charity, diberi sentuhan jaz.
Aneh bunyinya? Ternyata ia boleh dilakukan dengan sentuhan "big band" dan ini telah dibuktikan oleh Papa Rock, Datuk Ramli Sarip sendiri dalam konsert "Pesta Jazz: A Jazzy Celebration of Malay Songs" yang berlangsung di Teater Capitol pada Sabtu malam (2 Oktober).





