JEMAAH yang telah membuat tempahan untuk solat Jumaat di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah di Tiong Bahru pada Jumaat (1 Okt) telah dinasihatkan membuat tempahan di masjid lain selepas satu kes Covid-19 dikesan di sana.
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata masjid tersebut ditutup hingga Isyak pada hari yang sama dan dibuka semula pada Sabtu (2 Okt) bagi solat Subuh.





