KIT ujian rapid antigen (ART) Covid-19 baru yang lebih dimampui- dijangka berharga lebih rendah dari $10- akan ditawarkan tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.
Mengumumkan perkara tersebut dalam ucapannya semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam, Encik Ong menambah pengagihan kit ART percuma ke semua isi rumah di Singapura berjalan lancar.






