BLOGGER warga Singapura, Amos Yee, yang berdepan dengan dakwaan berkaitan pornografi kanak-kanak di sebuah mahkamah Amerika Syarikat dan ditawarkan satu perjanjian rayuan bulan lalu, telah diberikan sebulan untuk menimbangkan tawaran itu.
Semasa satu pembicaraan di sebuah mahkamah di Chicago pada pagi Jumaat, peguam Yee berkata anak guamnya itu "meminta masa tambahan untuk berbincang dengan orang tersayang mengenai tawaran itu".






