RIO DE JANEIRO: Pasukan saintis di Brazil telah menganggarkan sekurang-kurangnya 17 juta haiwan bertulang belakang termasuk reptilia, burung dan primat mati dalam kebakaran hutan di negara itu.
Agensi berita BBC melaporkan, kebakaran besar yang yang berlarutan sejak 2020 itu memusnahkan sebahagian besar tanah paya Pantanal dan turut melenyapkan jutaan spesies serangga dan hidupan liar lain.






