SINGAPURA tidak berniat untuk membenarkan penggunaan dadah di bawah undang-undang, seperti yang dilakukan banyak negara lain, khususnya bagi dadah ganja, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.
Ini meskipun negara ini menghadapi tekanan dari dalam dan luar negara untuk mempertimbangkan langkah sedemikian.





