KHIDMAT penghantaran makanan foodpanda telah menetapkan Singapura sebagai ibu pejabat serantaunya, dengan pejabatnya di sini menampung seramai 1,200 kakitangan merentasi operasi tempatan dan serantau, serta hab teknologi globalnya.
Semasa pelancaran khidmat tersebut semalam, syarikat itu juga mengumumkan Akademi Teknologi foodpanda, PowerUp!, untuk meningkatkan kemahiran bakat teknologi tempatan dan penghantar makanan, serta membantu peniaga mendigitalkan perniagannya.





