DANA Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) menerima sumbangan $100,000 daripada syarikat tempatan, Q'son Kitchen Equipment, semalam.
Ketua pegawai eksekutif Q'son, Cik Sally Chua, yang menubuhkan firma itu pada 1996, berkata beliau ingin membantu kanak-kanak memperoleh pendidikan kerana ia " satu-satu cara untuk mereka keluar daripada kitaran kemiskinan".





