SEMPENA bulan keharmonian kaum, satu acara telah diadakan bagi meraikannya di Pusat Penuaan Aktif Blossom Seeds pagi tadi. (17 Julai)
Acara itu dianjurkan oleh badan amal Blossom Seeds yang bekerjasama dengan rakan masyarakat berbilang kaum dan agama termasuk Masjid Darul Makmur, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Kuil Holy Tree Sri Balasubramaniar dan Persatuan Rakyat (PA).





