KUALA LUMPUR: Polis menahan lima individu termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan, kelmarin, yang dipercayai terbabit kes 400 individu ditawarkan pakej haji dan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata dua lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 60 tahun itu ditahan dalam serbuan di ibu negara kira-kira 9 malam...






