PEMBULI siber di Jepun kini berdepan dengan hukuman penjara setahun, sedang pihak berkuasa negara itu cuba menghurai masalah penyalahgunaan kaedah dalam talian menyusuli kes ahli gusti profesional dan bintang televisyen realiti berusia 22 tahun yang membunuh diri kerana dibelenggu kecaman di media sosial.
Penalti baru bagi penyalahgunaan awam ini adalah sebahagian daripada undang-undang yang disemak semula dan berkuatkuasa pada Khamis...






