Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, bertemu Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong di Istana pada Selasa (23 Ogos).
Mereka berbincang mengenai perkembangan kerjasama ekonomi dua hala dan pelbagai hala, termasuk bidang baru seperti ekonomi hijau dan digital.





