MENTERI Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (gambar atas), bertemu Presiden Halimah Yacob di Istana semalam sempena lawatan kerja beliau ke Singapura.
Mereka telah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dan penyepaduan ekonomi serantau, serta langkah mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan.





