PERUBAHAN yang akan dilaksanakan terhadap pelan insurans kesihatan asas MediShield Hayat bulan depan hasil semakan Majlis MediShield Hayat, bertujuan memastikan skim itu kekal relevan dan dimampui bagi memenuhi keperluan warga Singapura.
Salah satu perubahan utama yang bakal ialah bagi rawatan dan ubat-ubatan barah, menurut salah seorang anggota Majlis MediShield Hayat, Cik Kohe Hasan, kepada Berita Harian (BH).





