Polis di Singapura dan Malaysia telah bekerjasama untuk melumpuhkan dua sindiket penipuan transnasional, dan menahan 13 orang dalam beberapa serbuan serentak yang dilakukan di Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Sindiket itu yang didakwa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram, telah menyebabkan kerugian berjumlah lebih $1.3 juta. Mereka menyasarkan lebih 60 mangsa di Singapura sahaja, selain mangsa di Malaysia, Thailand dan...





