ATLET Britain, Lina Nielsen, mendedahkan beliau telah didiagnos mengalami penyakit 'multiple sclerosis' (MS), sejenis penyakit yang menjejas sistem saraf tunjang, dan berharap dapat menjadi inspirasi bagi lebih ramai pesakit untuk keluar dan berterus terang mengenai keadaan mereka.
Pelari lompat pagar 400 meter itu mengambil keputusan membuat pendedahan tersebut setelah keadaannya itu bertambah buruk dan menjejas persembahan beliau dalam Kejuaran Dunia...





