KEBANYAKAN kesilapan yang menyebabkan SkillsFuture Singapura (SSG) terlebih bayar kira-kira $4.22 juta berlaku sebelum November 2020, ketika sistem IT SSG bagi pentadbiran geran masih menggunakan pendekatan berasaskan pengisytiharan, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.
Laporan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) yang dikeluarkan bulan lalu mendedahkan SSG terlebih bayar jumlah itu kepada pemohon geran dan penyedia...





