UNDANG-UNDANG baru akan mula berkuat kuasa hari ini berkaitan perjudian dan satu badan penguasaan baru juga telah dibentuk bagi memantau kegiatan itu, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), semalam.
Di bawah Akta Kawalan Perjudian baru, ia dibenarkan secara undang-undang bagi perjudian sosial seperti bermain mahjong dan 'poker' bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah tanpa batasan usia.





