PRESIDEN Rwanda, Encik Paul Kagame, telah bertemu dengan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, di Istana hari ini.
Menerusi laman Facebook beliau, Puan Halimah berkata mereka telah berbincang tentang pelbagai isu termasuk perang di Ukraine serta ketegangan geopolitik yang kian membentuk semula hubungan antarabangsa.





