PERTEMUAN meja bundar peringkat menteri yang baru antara Singapura dengan India akan membolehkan kedua-dua negara memperkukuh hubungan mereka dalam pelbagai aspek dan saling meraih manfaat dengan bekerjasama, ujar Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, kelmarin.
Kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dalam pelbagai bidang kerjasama baru termasuk keselamatan makanan dan tenaga, teknologi hijau khususnya hidrogen hijau, keterhubungan digital serta pembangunan kemahiran,...





