SETELAH lebih dua bulan di Kuantan, Pahang, Fandi Ahmad tidak ada masalah menyesuaikan diri sebagai Penasihat Teknikal dan kini membantu Sri Pahang FC memenangi empat perlawanan dan satu seri dalam enam perlawanan.
Dalam temu ramah pertama beliau dengan media Singapura, Berita Harian menemuinya di tempat penginapannya di sebuah hotel lima bintang di Kuantan baru-baru ini.





