LONDON: Ketibaan keranda yang membawa mendiang Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham kelmarin disambut Raja Charles III dan kerabat diraja selain puluhan ribu orang yang berbaris di jalanan.
Hujan lebat tidak mematahkan semangat orang ramai untuk kekal berbaris di tepian jalan bagi menyambut ketibaan mendiang di ibu negara Britain, selepas diterbangkan dari Scotland, menggunakan pesawat tentera.





