KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor daripada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berkuat kuasa Isnin (12 September).
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan berkata, selain Najib dan Rosmah, turut ditarik balik darjah kebesaran adalah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar...





